Tuesday, October 8, 2013

FUTURE ZAUJ...






Salam mengeratkan ukhwah islamiah..
menghalusi setiap bait-bait rasa…
Menghuraikan rasa lemah didada…..
membisikan rasa yang terbuku dihati….

Diri ini ingin berkongsi…
mengalunkan rentak kasih bersama pengalaman yang diambil…yang telah dilalui…
ingin bersama-sama diri ini bermuhasabah cinta bersama pembaca..
 Wallahua’lam..

Tiada apa yang mampu di nukilkan jika lahir melalui kata-kata…namun..
LillahiRrabbi….
Lidah dan hati ini mampu mengungkapkan rasa yang lahir daripada bait-bait hati hanya kerana ALLAH…
InsyaALLAH…..~~~

Tiada apa yang diinginkan oleh setiap wanita didunia ini melainkan sebuah kehidupan yang penuh dengan rasa kasih…
belaian rasa daripada seorang  pengemudi sebuah keluarga…
yang digelar sebagai  “imamku…khalifahku”
menjadi idaman oleh seorang wanita…yang bermujahadah dirinya.. sebagai daie..taat sebagai sorang anak disisi keluarga…bakal isteri dan bakal seorang ibu….

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu


Alhamdulillah….
Sujud syukur…..menghambakan diri ini kepadaMU ya ALLAH….
Sudah mencapai usia 21 tahun diri ini menghambakan diri sebagai khalifah di muka Bumi ini……
melayari bahtera kehidupan dengan penuh kesempurnaan….
Dengan didikan kedua ibu bapa yang sangat tegas dan berlandaskan pegangan al-Quran didada….
Syariat islam diutamakan…didikan yang penuh kasih sayang…

merekalah KEKASIH HATI KU yang paling indah..yang paling utama dihati ini…..
uhibbu ya habibi..ya Rasulullah….uhibbu ya ALLAH…
Moga terus kekal dihati ini selamanya….
Allahumma’amin……….

Namun..bohong hati ini tidak pernah meluahkan rasa..
meluahkan bait-bait kata dihati ingin mencari bakal zauj yang terbaik…
beriman…beragama….berilmu….menjadi pilihan…..
meletakkan ALLAH yang utama…
Rasulullah ku susuri…
moga bakal zauj yang diinginkan berpegang kepada landasan dan syariat islam…
rasa keinginan memiliki bakal zauj membuak-buak dihati kecil ini..
moga bakal zauj adalah pilihan hati….
Wallahua’lam……

Walaupun diri ini adalah seorang gadis yang menjadi idaman dimata para ajnabi..
Pelbagai cara yang mereka lakukan untuk memiliki diri ini..
Surat? SMS? Panggilan telefon?
MasyaAllah……….
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan….
Mereka bukan ingin memiliki diri ini hanya kerana ALLAH dan syariat..
Tetapi….nafsu yang diletakan dihati…
Wallahua’lam…

Walaubagaimanapun..belum pernah diri ini menyahut rasa kasih dari mereka kerana telah ku tetapkan bahawa diri ini hanya untuk bakal zauj..
Pengemudi hidup ini susah dan senang bersama..

Ya ALLAH…berikanlah diri ini petunjuk…
Pemudahkanlah diri ini mrngharungi saat ini….
Ya Rabbi Ya Ilahi…
Engkau tenangkanlah hati ini….
Engkau sabarkan diri ini dan kuatkanlah iman ku….
kerana ingin diri ini mencium bauan syurga..
Ku meredhakan hati..

1 comment:

  1. Rabbana hablana min azwajina wazurriya tina kurratakyun wajaalna lilmuttaki na imama....amin

    ReplyDelete