Wednesday, August 20, 2014

KEAJAIBAN C.I.N.T.A





 Dokter cinta nak share sikit ye... Ahaha, s0 lets start...




''  Jatuh cinta? Topik hangat juga kan ''


Lumrah dalam kehidupan ini, kita suka kepada mencintai dan dicintai. Biar sejauh manapun kita bergerak, kita tidak dapat lari dari memenuhi keperluan rasa hati iaitu berhajat kepada hati yang berbunga-bunga. Inilah fitrah kehidupan. Ramai orang ingin bercinta. Tetapi sayang, kenapa cinta yang berputik itu banyak memusnahkan...???

Apa erti cinta yang telah menjajah minda remaja akhir zaman ini...???
bila putus cinta membuatkan seorang insan merana. Semua urusan tergendala. Hidup tak tentu hala. Harapan ibubapa, bangsa dan agama hampir binasa. Berbisa Sungguh.......
cinta itu sebenarnya tidak buta.. redha la bagi yang terputus cintanya
pasti akan ada hikmah disebaliknya...In shaa Allah nanti dapat lebih baik darinya. Menitipkan sebutir madah tentang cinta dan putus cinta.

Dunia memang persinggahan yang hebat...
Apa yang penting jangan pernah mengalah tentang cinta...
Cinta di rasai manis bila anda bahagia...
Cinta dirasai pahit bila ditinggalkan...
Itulah percaturan hidup di dunia....
Pasti akan ditinggalkan...

Baik dengan cara diputuskan cinta atau dengan cara lain.
Mungkin bila putus cinta, semahu-mahunya kita tidak mahu tersempak lagi dengan si dia. Tapi jangan pernah lupa, janji Allah itu pasti.
Seandainya hari ini DIA inginkan anda bertemu bekas kekasih anda.
Pastinya anda tak dapat mengelak. Dan mampukah anda menegur si dia.
Maklumlah suatu ketika dahulu dialah insan yang pernah menyakiti hati kita.
Mungkin memang payah untuk kita menegur dia balik kan.
Apatah lagi bila kita ingat apa yang telah dia lakukan.
Tanyalah hati kita, adakah kita ingin membenci dia untuk selamanya.
Adakah dia akan jadi bara kebencian hati kita.
Mungkin hari ini kita tak mampu untuk memaafkan apa yang telah berlaku.

Tapi jangan pernah lupa esok lusa, mungkin dia jodoh kita.
Cinta diuji dengan pelbagai cara.
Cinta dimiliki dengan pelbagai cara juga.
Apa yang penting, jangan ada dendam di hati kita.
Sebab itu bakal memakan diri kita sendiri.
Perasaan itu fitrah dan akan terus kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.
Telah tercatat seungkap nama pasangan di luh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan anda, supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.

* Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan anda, supaya anda sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

*Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak memahami keadaan diri anda, supaya anda dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri anda.

*Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sempurna, supaya anda sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah dan penyayang, kerana mengingatkan anda bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk anda dan kehidupan anda pada masa hadapan.

*Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang sangat lain perangainya dengan anda supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

*Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak rungutan itu dan ini, supaya anda menjadi seorang manusia yang hebat jiwanya.


Tuesday, August 19, 2014

DI PERSIMPANGAN HIDUPKU...



* w0key mood SUDAH mari so tggu apa lg, luahkan segalaNya yang terbeku di hati... perghhh..!!! Ayat blh tahan, n0velis & retis w0key. Aku just luah apa yang aku rasa, aku belum cukup mahir untuk menilai. Tapi PENGALAMAN itu mengajar aku untuk mengenal erti kehidupan...




'Kehidupan tabi'i manusia sentiasa membolak balik hati. Kekadang iman ditempatkan terlalu tinggi, kekadang di bawah pertimbangan akal. Mudah menabur CINTA dikebun cinta.'' 


Banyak orang bercakap tentang permasalahan cinta tapi tidak sesuai dengan yang sebenarnya. Atau tidak menjelaskan batasan-batasan dan maknanya secara syar’i. Dan seakan-akan yang membahas masalah ini mempunyai pemahaman yang salah bahawa ianya berkaitan dengan akhlaq yang rendah dan perzinaan, satu perkataan yang keji. Dan dikaitkan pula dengan zina hati. Hal ini adalah salah.
Cinta dan rindu adalah sesuatu yang berkaitan dengan manusia yang memotivasi mereka untuk menjaga dan mendorong kehormatan dan kemuliaannya. Aku memandang pembicaraan ini yang terpenting adalah batasannya, penyimpangannya, kebaikannya dan keburukannya. Cinta dan rindu adalah dua kalimat yang ada dalam hati setiap manusia, dan mereka memberi makna tentang kedua-dua hal ini sesuai dengan apa yang mereka rasai.

Andaikan tidak ada rasa cinta lelaki pada wanita atau sebaliknya, maka tidak adalah pernikahan, tidak adalah keturunan dan tidak adalah keluarga.
Namun begitu, Allah SWT tidaklah menjadikan lelaki cinta pada wanita atau sebaliknya supaya menumbuhkan di antara keduanya hubungan yang diharamkan, tetapi untuk menegakkan hukum-hukum yang disyari’atkan iaitu pernikahan seperti dalam hadis Ibnu Majah, dari Abdullah bin Abbas r.a berkata: telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidak terlihat dua orang yang saling mencintai, seperti pernikahan.”
Dan agar orang-orang Islam menjauhi jalan-jalan yang rosak atau keji, maka Allah SWT telah menyuruh yang pertama sekali agar menundukkan pandangan, kerana ‘pandangan’ itu kunci kepada hati, dan Allah SWT telah haramkan semua sebab-sebab yang membawa pada fitnah, dan kekejian, seperti berduaan dengan orang yang bukan mahramnya, bersalaman, berciuman antara lelaki dan wanita, kerana perkara-perkara ini dapat menyebabkan condongnya hati. Maka bila hati telah condong, dia akan sulit sekali menahan jiwa setelah itu, kecuali yang dirahmati Allah SWT.
Rindu itu ialah cinta yang berlebihan. Ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kehinaan. Maka rindu tersebut bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Boleh jadi, orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu yang disertai kerendahan dan kehinaan.

Terlalu banyak cerita yang ku pendam,
Hingga hanya mampu ku berdiam,
Menghadapinya hanya dengan tangisan,
Bahawa aku lemah tanpa-Nya.
Kami mohonkan ketabahan,
Pada perkara yang diiginkan,
Dan perlu dilepaskan
Hanya kerana mengharap redhamu, Ya Allah.
Wahai Tuhan,
Kami khilaf,
Jangan jadikan hati kami buta,
Tanpa dapat melihat agungnya diri-Mu,
Jangan biarkan kami tuli,
Apabila mendengar peringatan-Mu,
Jangan biarkan hati kami lali,
Atas setiap perintah-Mu pada kami....