Tuesday, October 8, 2013

FUTURE ZAUJ...






Salam mengeratkan ukhwah islamiah..
menghalusi setiap bait-bait rasa…
Menghuraikan rasa lemah didada…..
membisikan rasa yang terbuku dihati….

Diri ini ingin berkongsi…
mengalunkan rentak kasih bersama pengalaman yang diambil…yang telah dilalui…
ingin bersama-sama diri ini bermuhasabah cinta bersama pembaca..
 Wallahua’lam..

Tiada apa yang mampu di nukilkan jika lahir melalui kata-kata…namun..
LillahiRrabbi….
Lidah dan hati ini mampu mengungkapkan rasa yang lahir daripada bait-bait hati hanya kerana ALLAH…
InsyaALLAH…..~~~

Tiada apa yang diinginkan oleh setiap wanita didunia ini melainkan sebuah kehidupan yang penuh dengan rasa kasih…
belaian rasa daripada seorang  pengemudi sebuah keluarga…
yang digelar sebagai  “imamku…khalifahku”
menjadi idaman oleh seorang wanita…yang bermujahadah dirinya.. sebagai daie..taat sebagai sorang anak disisi keluarga…bakal isteri dan bakal seorang ibu….

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu


Alhamdulillah….
Sujud syukur…..menghambakan diri ini kepadaMU ya ALLAH….
Sudah mencapai usia 21 tahun diri ini menghambakan diri sebagai khalifah di muka Bumi ini……
melayari bahtera kehidupan dengan penuh kesempurnaan….
Dengan didikan kedua ibu bapa yang sangat tegas dan berlandaskan pegangan al-Quran didada….
Syariat islam diutamakan…didikan yang penuh kasih sayang…

merekalah KEKASIH HATI KU yang paling indah..yang paling utama dihati ini…..
uhibbu ya habibi..ya Rasulullah….uhibbu ya ALLAH…
Moga terus kekal dihati ini selamanya….
Allahumma’amin……….

Namun..bohong hati ini tidak pernah meluahkan rasa..
meluahkan bait-bait kata dihati ingin mencari bakal zauj yang terbaik…
beriman…beragama….berilmu….menjadi pilihan…..
meletakkan ALLAH yang utama…
Rasulullah ku susuri…
moga bakal zauj yang diinginkan berpegang kepada landasan dan syariat islam…
rasa keinginan memiliki bakal zauj membuak-buak dihati kecil ini..
moga bakal zauj adalah pilihan hati….
Wallahua’lam……

Walaupun diri ini adalah seorang gadis yang menjadi idaman dimata para ajnabi..
Pelbagai cara yang mereka lakukan untuk memiliki diri ini..
Surat? SMS? Panggilan telefon?
MasyaAllah……….
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan….
Mereka bukan ingin memiliki diri ini hanya kerana ALLAH dan syariat..
Tetapi….nafsu yang diletakan dihati…
Wallahua’lam…

Walaubagaimanapun..belum pernah diri ini menyahut rasa kasih dari mereka kerana telah ku tetapkan bahawa diri ini hanya untuk bakal zauj..
Pengemudi hidup ini susah dan senang bersama..

Ya ALLAH…berikanlah diri ini petunjuk…
Pemudahkanlah diri ini mrngharungi saat ini….
Ya Rabbi Ya Ilahi…
Engkau tenangkanlah hati ini….
Engkau sabarkan diri ini dan kuatkanlah iman ku….
kerana ingin diri ini mencium bauan syurga..
Ku meredhakan hati..

Sunday, October 6, 2013

SECEBIS KATA

 
 
    Kadang2 kita terlalu menjaga hati orang lain sedangkan hati sendiri yg sakit..Kita cuba buat yg terbaik untuk orang lain tapi kita sendiri x mampu buat yg terbaik untuk diri sendiri sehinggalah kita merasa terlalu sedih dan terlalu lemah untuk menghadapi semua ini..mereka yg melihat hanya pandai berkata tapi mereka x pernah rasa apa yg kita rasa..

BERHENTILAH mengata sesuatu yg membuatkan seseorang yg berasa sedih dan hilang sabar..tak perlu bercerita sana sini..umpama kita terlalu sempurna melihat kesalahan org lain sebagai satu hiburan..sebelum melihat kesalahan orang lain cuba lihat diri sendiri adalah kita sudah cukup baik? tak perlu cakap SAYA TAK SEMPURNA..yup..memamg! manusia tak ada yg SEMPURNA tapi kita boleh belajar jadi yg terbaik disisi Allah..

Wahai Hati..
lembutkanlah hatimu dan ikhlaslah memaafkan kesalahan orang seperti air mengalir di atas batu..bersabar dengan kerenah manusia..anggaplah dunia ini hanya pentas hiburan manusia..jagan mudah tersentuh dengan apa yg diperkatakan oleh mereka..ingat Allah sentiasa ada dengan kita..saat bersedih mengadu le kepadaNya..InsyaAllah, cahaya ketenangan akan muncul..

Hidup ini ibarat "GIVE & TAKE" ...
apa yg kita lakukan akan mendapat ganjaran, begitu juga dengan sebaliknya...jangan ingat apa yg kita dapat sekarang akan kekal menjadi milik kita selamanya, Allah maha adil..Tabahlah wahai hati, ingatlah kalau kita sabar dan berdoa supaya dihindarkan daripada hasad dengki manusia, insyaallah Allah akan tolong kita...
Surah al-Ankabut, ayat 58-59:
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh; (Iaitu) mereka yang sabar dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya. "

Wednesday, September 18, 2013

W0RDLESS T0DAY


Di saat hati mula terbuka menerima cinta dpd manusia
saat itu lah hati telah dibuka untuk terluka dan diluka.
Di saat itu sujud dan tahajjud menjadi penawarnya..


kadang2 kita sentiasa mengharap kebahagian yg kita cipta
akan kekal selamanya
tapi kita sentiasa lupa yg kebahagian tidak diciptakan utk kita
untuk kekal selamanya
tetapi di anugerahkan kepada kita untuk kita
menghargai saat2 tersebut
dan
di landakan ujian menguji kebahagiaan yg dtg
untuk menyedarkan diri kita
yg kita lalai akn sesuatu yg telah menghadirkan kebahagiaan tersebut.
************************************************************
andai dpt diundurkan masa
kita sentiasa mengiginkan yg bahagia sentiasa bersama kita
tp segalanya just harapan yg xkn mungkin di capai
kerana semuanya telah di takdir kan oleh Allah 
so the best way yg kita boley buat ialah
redha dgn ketentuan yg telah ditetapkan 
jika si dia bukan milik kita
panjatkan doa 
semoga dia sentiasa bahagia 
melepaskan tak semetinya melupakan
tapi mengharapkan yg terbaik bersama dia..



Monday, April 1, 2013

` SeAdaNya AkU`




Andai itu petanda cinta
apa yang tersurat apa yang tersirat
Andai itu petanda sayang
apa yang terluah apa yg terungkap
Andai itu petanda rindu
apa yang dirasa apa yang dipendam
Aq perlukan seseorang
yang mampu bertahan tanpa aku disisinya
Aq perlukan seseorang
yang mampu berdiri sendiri tanpa aq menyokongnya
Aq perlukan seseorang
yang mampu menghadapi segala halangan
Walau aq tiada menemaninya
Aq perlukan seorang yang lantang berbicara
walau aq tiada meniup semangatnya
Aq perlukan seseorang yang berani
supaya aq yakin bila bersamanya
Aq perlukan seseorang yang kental
supaya aq x gentar bila bersamanya
Aq perlukan seseorang yang beriman
agar boleh membimbingku ke jalan kebenaran
Aq perlukan seseorang yang taat
agar menjadi kebanggaan kedua orang tuanya
Aq perlukan seseorang yang rela mengorbankan cintanya
Demi menuruti kemahuan orang tuanya
Dikala aq memberinya peluang untuk memilih
Dia mengalirkan airmata kerana kerelaanku
Dikala dia bergembira
Dia tidak melupai insan yang memberikan kebahagiaan buatnya
Aku perlukan lelaki seperti ini kerana
Lelaki sebegitu adalah sempurna dimataku…
Jadilah seorang lelaki yang layak kubanggakan…
Aq x perlukan LELAKI
Yang hanya tahu berdiam diri tanpa berusaha
Yang hanya tahu menuding jari kesilapan orang lain
Yang mementingkan diri sendiri  tanpa memikirkan risiko dikemudian hari
Yang hanya tahu difahami tapi langsung tak memahami
Yang membelakangkan kedua orang tua demi menuruti kata hatinya
Yang lemah semangat bila impian tak tercapai
Yang mudah putus asa sedangkan peluang masa terbuka
Yang memghambakan cinta sumber kehidupannya
Yang tidak yakin dengan dirinya sedangkan dia BOLEH
Yang mengatakan aqlah punca kemusnahaannya..


Sunday, March 24, 2013

HaNya Q ciNta kau s0raNg

FI0NA 



It don't matter who you are
It is so simple, a feeling
But it's everything
No matter who you love
It is so simple, a feeling
But it's everything

"I Miss You"
I thought that things like this get better with time
But I still need you, why is that?
You're the only image in my mind
So I still see you... around



Friday, March 8, 2013

SETIA WALAUPUN BERJAUHAN

Seandainya kehadiran ku di dalam hidupmu sebagai cahaya, tetapkan lah aku untuk terus di dalam hatimu, untuk menyinari kehidupan Mu...


Ya Allah, jika benar DIA tetulis di Lauh Mahfuz sebagai zauji yang akan membimbingku ke SyurgaMu, maka Engkau satukanlah hatiku dan hati DIA agar kami menjadi pasangan bahagia sehingga ke SyurgaMu...

Taqwallah dan tulus iktikad demi REDHANYA pasti melestari ikatan ke Taj mahal Abadi.



f0r my l0vely 0ne one
TerIma kasih ciNta c0z memberi cahaya dalam hidup sy...
walawp0wn kita jauh,sy nk awak taw yng sy SETIA dgn awk...

ikhlas dari hati sy
                            bahawa saya saNgat menCiNtai awak wahai insan bernama kekasih...

Friday, March 1, 2013

~ KENA ELAK LELAKI YANG MCM NIEY






  • lelaki yg sering mengatakan kata sayang tapi x mahu n x b'sdia tuk m'jalinkan hbungan yg lebih serius wlupn kmu telah mengenali antara satu sama lain b'tahun2..ini b'makna kmu bukanlah orang yg diinginkannya..


  • lelaki yg sentiasa m'hubungi kmu tnpa mngira waktu..lelaki ini akan mengeluarkan kata-kata manis bila dy amat memerlukan kmu..namun bila kmu pula yg memerlukannya..batang idung pn x nmpk!

  • lelaki yg sering m'ajak kmu kuar b'sama..tapi hanya sbgai teman tapi mesra shja..ke mana shja b'sama ibarat merpati dua sej0li..namun, x t'detik lgsung dlm hati lelaki t'sebut tuk kmu mengisi dlm ruang atinya.

  • lelaki yg hanya m'anggap dirinya shja yg btul..pandangan kmu dy x amik pduli..kmu sering dimarahi kononnya kmu yg salah dan dy shja yg btul..kdg2 hal kcik pn nk diperbesarkan.

  • lelaki yg sudah ada kekasih ati namun masih mahukan kmu..kebiasaanya lelaki seperti ini m'punyai byk teman wnita..hanya mahu memenuhi nafsunya shja!

  • lelaki yg x tahu kehendaknya sndiri..bayangkn bgaimana kmu mahu meneruskan idup dgn org sperti ini tuk memahami masalah n keperluan kmu sekiranya perihal mengenai dirinya sndriri pn dy x dpt nk tentukan.

  • lelaki yg naif n selfish..selalunya lelaki yg sprti ni x memahami kemahuan n kehendak wanita..dy selalu mengambil mudah n memandang remeh setiap tntang sesuatu perkara.

  • lelaki yg suka m'burukkan lelaki lain di dpn kmu dgn harapan kmu akan m'benci lelaki t'sebut n membuatkan kmu akan m'jauhi lelaki tersebut..lelaki sperti ini kebiasaannya kuat mengongk0ng n kuat cmburu..relakah kmu dik0ngkong..?!

  • lelaki yg akan tetap m'ganggu kmu..wlupn kmu telah m'beritahunya bhwa kmu bz namun dy tetap m'ganggu kmu..lelaki sperti ini hanya ingin b'kepit siang n malam ng kmu..

  • lelaki yg x dpt m'beri layanan yg btul kt wanita..kmu x nmpk da ciri-ciri kepimpinan pada lelaki t'sebut..bgaimana kmu hendak memberi harapan kpd lelaki sperti ini n bolehkah lelaki sperti ini m'bimbing kmu kelak..??

~ SEINDAH KETABAHAN SEORANG WANITA


                               
~  MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

~ TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
~  TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
~  TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.
~  MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
~  BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Sunday, February 24, 2013

Patah tUmbuh hilaNg bergaNti...

                                         
 Apabila seseorang meninggalkan kita,
Pasti kita akan merasakan kehilangannya.


 Ibarat pepatah di atas,
Patah Tumbuh Hilang Berganti,


Dalam kemanisan ada kepahitan,
Dalam kebahagiaan ada kesedihan,
Dalam kesakitan ada ketenangan,
Dalam kesedihan ada kegembiraan,
Itulah lumrah kehidupan duniawi yang sentiasa berputar dan terus berputar..

Hidup kita takkan berhenti dari menghadapi ujian demi ujian..
Ujian itulah menguji sejauh mana keimanan kita dan kebergantungan kita kepada ALLAH..


Apa yaNg terjadi ada hikmah... :-)
SyukUr Alhamdulillah, setelah apa yaNg berlaku memataNgkan fikiran & peNgalaman brciNta...



Friday, February 22, 2013

~ SO HARD TO SAY GOODBYE

~ SO HARD TO SAY GOODBYE 


The year has g0ne t0o fast,
days, weeks,m0nths and years,
and n0w it is time to g0....

I recall the time that we share t0gether,
 0h..... h0w beautiful th0se time was...
FRIEND....
It`s time t0 g0....
It`s hard t0 say `GOOD BYE``
I wish all of y0u will success,
In what every y0u d0,
Always and f0rever,
 I l0ve all 0f y0u..........  (^_^)