Dokter cinta nak share sikit ye... Ahaha, s0 lets start...
'' Jatuh
cinta? Topik hangat juga kan ''
Lumrah
dalam kehidupan ini, kita suka kepada mencintai dan dicintai. Biar sejauh
manapun kita bergerak, kita tidak dapat lari dari memenuhi keperluan rasa hati
iaitu berhajat kepada hati yang berbunga-bunga. Inilah fitrah kehidupan. Ramai orang
ingin bercinta. Tetapi sayang, kenapa cinta yang berputik itu banyak
memusnahkan...???
Apa erti
cinta yang telah menjajah minda remaja akhir zaman ini...???
bila putus
cinta membuatkan seorang insan merana. Semua urusan tergendala. Hidup tak
tentu hala. Harapan ibubapa, bangsa dan agama hampir binasa. Berbisa Sungguh.......
cinta itu
sebenarnya tidak buta.. redha la
bagi yang terputus cintanya
pasti akan
ada hikmah disebaliknya...In shaa Allah
nanti dapat lebih baik darinya. Menitipkan
sebutir madah tentang cinta dan putus cinta.
Dunia memang
persinggahan yang hebat...
Apa yang
penting jangan pernah mengalah tentang cinta...
Cinta
di rasai manis bila anda bahagia...
Cinta
dirasai pahit bila ditinggalkan...
Itulah
percaturan hidup di dunia....
Pasti akan
ditinggalkan...
Baik dengan
cara diputuskan cinta atau dengan cara lain.
Mungkin bila
putus cinta, semahu-mahunya kita tidak mahu tersempak lagi dengan si dia. Tapi jangan
pernah lupa, janji Allah itu pasti.
Seandainya
hari ini DIA inginkan anda bertemu bekas kekasih anda.
Pastinya
anda tak dapat mengelak. Dan mampukah
anda menegur si dia.
Maklumlah
suatu ketika dahulu dialah insan yang pernah menyakiti hati kita.
Mungkin
memang payah untuk kita menegur dia balik kan.
Apatah lagi
bila kita ingat apa yang telah dia lakukan.
Tanyalah
hati kita, adakah kita ingin membenci dia untuk selamanya.
Adakah dia
akan jadi bara kebencian hati kita.
Mungkin hari
ini kita tak mampu untuk memaafkan apa yang telah berlaku.
Tapi jangan
pernah lupa esok lusa, mungkin dia jodoh kita.
Cinta diuji
dengan pelbagai cara.
Cinta
dimiliki dengan pelbagai cara juga.
Apa yang
penting, jangan ada dendam di hati kita.
Sebab itu
bakal memakan diri kita sendiri.
Perasaan itu
fitrah dan akan terus kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan
yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai
pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.
Telah
tercatat seungkap nama pasangan di luh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya
ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur
yang sepadan. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang
diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang tidak serupa dengan anda, supaya anda dapat menjadi penilai
yang baik.
* Memang ALLAH sengaja menemukan anda
dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan anda, supaya anda sedar bahawa
kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
*Memang ALLAH sengaja menemukan anda
dengan orang yang tidak memahami keadaan diri anda, supaya anda dapat kasih
sayang yang terbaik, khas untuk diri anda.
*Memang ALLAH sengaja menemukan anda
dengan orang yang tidak sempurna, supaya anda sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah
dan penyayang, kerana mengingatkan anda bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat
untuk anda dan kehidupan anda pada masa hadapan.
*Memang ALLAH sengaja menemukan anda
dengan orang yang sangat lain perangainya dengan anda supaya anda dapat
mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
*Memang ALLAH sengaja menemukan anda
dengan orang yang banyak rungutan itu dan ini, supaya anda menjadi seorang
manusia yang hebat jiwanya.












