* w0key mood SUDAH mari so tggu apa lg, luahkan segalaNya yang terbeku di hati... perghhh..!!! Ayat blh tahan, n0velis & retis w0key. Aku just luah apa yang aku rasa, aku belum cukup mahir untuk menilai. Tapi PENGALAMAN itu mengajar aku untuk mengenal erti kehidupan...
'Kehidupan
tabi'i manusia sentiasa membolak balik hati. Kekadang iman ditempatkan
terlalu tinggi, kekadang di bawah pertimbangan akal. Mudah menabur CINTA
dikebun cinta.''
Banyak orang bercakap tentang permasalahan cinta tapi tidak sesuai
dengan yang sebenarnya. Atau tidak menjelaskan batasan-batasan dan
maknanya secara syar’i. Dan seakan-akan yang membahas masalah ini
mempunyai pemahaman yang salah bahawa ianya berkaitan dengan akhlaq yang
rendah dan perzinaan, satu perkataan yang keji. Dan dikaitkan pula
dengan zina hati. Hal ini adalah salah.
Cinta dan rindu adalah sesuatu yang berkaitan dengan manusia yang
memotivasi mereka untuk menjaga dan mendorong kehormatan dan
kemuliaannya. Aku memandang pembicaraan ini yang terpenting adalah
batasannya, penyimpangannya, kebaikannya dan keburukannya. Cinta dan
rindu adalah dua kalimat yang ada dalam hati setiap manusia, dan mereka
memberi makna tentang kedua-dua hal ini sesuai dengan apa yang mereka
rasai.
Andaikan tidak ada rasa cinta lelaki pada wanita atau sebaliknya, maka
tidak adalah pernikahan, tidak adalah keturunan dan tidak adalah
keluarga.
Namun begitu, Allah SWT tidaklah menjadikan lelaki cinta pada wanita
atau sebaliknya supaya menumbuhkan di antara keduanya hubungan yang
diharamkan, tetapi untuk menegakkan hukum-hukum yang disyari’atkan iaitu
pernikahan seperti dalam hadis Ibnu Majah, dari Abdullah bin Abbas r.a
berkata: telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidak terlihat dua orang yang saling mencintai, seperti pernikahan.”
Dan agar orang-orang Islam menjauhi jalan-jalan yang rosak atau keji,
maka Allah SWT telah menyuruh yang pertama sekali agar menundukkan
pandangan, kerana ‘pandangan’ itu kunci kepada hati, dan Allah SWT telah
haramkan semua sebab-sebab yang membawa pada fitnah, dan kekejian,
seperti berduaan dengan orang yang bukan mahramnya,
bersalaman, berciuman antara lelaki dan wanita, kerana perkara-perkara
ini dapat menyebabkan condongnya hati. Maka bila hati telah condong, dia
akan sulit sekali menahan jiwa setelah itu, kecuali yang dirahmati
Allah SWT.
Rindu itu ialah cinta yang berlebihan. Ada rindu yang disertai dengan
menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kehinaan. Maka rindu
tersebut bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Boleh jadi,
orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan
kesucian, dan kadang-kadang ada rindu yang disertai kerendahan dan
kehinaan.
Terlalu banyak cerita yang ku pendam,
Hingga hanya mampu ku berdiam,
Menghadapinya hanya dengan tangisan,
Bahawa aku lemah tanpa-Nya.
Kami mohonkan ketabahan,
Pada perkara yang diiginkan,
Dan perlu dilepaskan
Hanya kerana mengharap redhamu, Ya Allah.
Wahai Tuhan,
Kami khilaf,
Jangan jadikan hati kami buta,
Tanpa dapat melihat agungnya diri-Mu,
Jangan biarkan kami tuli,
Apabila mendengar peringatan-Mu,
Jangan biarkan hati kami lali,




No comments:
Post a Comment